live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Khamis, 4 Mac 2010

Sidang DUN Perak : Nizar kata nak boikot, tapi tetap akan hadir

Sidang DUN Perak akan diadakan pada 30 Mac ini. Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan. melalui notis yang ditandatangani oleh Setiausaha DUN Perak, Rumaizi Baharin telah memanggil kesemua 59 ADUN menghadiri sidang DUN Perak yang pertama bagi penggal ketiga pada 30 Mac ini. Sidang DUN tersebut dijangka dirasmikan oleh Sultan Azlan Shah.


Nizar Jamaluddin yang kemaruk jawatan MB mengatakan bahawa pakatan pembangkang hanya akan menghadiri sidang DUN itu jika notis memanggil sidang DUN dikeluarkan oleh V. Sivakumar yang diiktiraf mereka sebagai speaker yang sah. Justeru, berkemungkinan kesemua 28 Ahli ADUN pakatan pembangkang di Perak dikatakan tidak akan menghadiri sidang DUN tersebut kerana tidak mahu mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker.

Dalam pada itu, yang peliknya walaupun pakatan pembangkang dikatakan akan memboikot sidang DUN itu, namun mereka dijangka akan menghadirinya seperti yang dilakukan pada sidang DUN terdahulu yang juga dipanggil oleh Ganesan. Menurut sumber dari pakatan pembangkang, satu mesyuarat penting yang akan diadakan oleh mereka pada Jumaat ini berkemungkinan akan memutuskan beberapa perkara penting mengenai sidang DUN tersebut. Sehari selepas itu satu sidang akhbar akan diadakan di Ipoh bagi memaklumkan keputusan yang telah diputuskan dalam mensyuarat tersebut.

Adakah mesyuarat yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang bertujuan memboikot sidang DUN ?, atau hadir dengan membuat kecoh ?, seperti yang pernah mereka lakukan pada sidang DUN yang lepas.

Bagi Dr. Zambry, beliau menjelaskan tidak mahu melayan kerenah pakatan pembangkang yang enggan mengiktiraf sidang DUN Perak yang dijadual pada 30 Mac ini. Tegas Zambry, jika pembangkang tidak berpuas hati, mereka perlu bertanya sendiri kepada Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan kerana hak memanggil sidang DUN adalah di bawah bidang kuasa beliau.

Walau bagaimanapun, sama-samalah kita tunggu apa pula kerenah ADUN pembangkang kali ini. Sama ada nak boikot terus, boikot tapi dalam masa yang sama akan hadir, atau hadir membuat hura-hara, dengan memaparkan wajah sebenar mereka.
 
-sumber-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan