live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Khamis, 4 Mac 2010

MYSTERY: Lembaga Disiplin PKR bicara Zul Nordin sorang saja Islam

Zul Nordin keluar dari sidang Lembaga Disiplin yang akan membicarakannya dalam hal kalimah Allah yang mana pertelengkahan Zul dengan Khalid Gereja Samad PAS berakhir dengan Zul membuat laporan polis terhadap Khalid.




Menurut laman web Zul Nordin sini, "ahli panel Lembaga Disipilin yang akan membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH terdiri daripada bukan Islam, iaitu 2 Kristian iaitu Mr. Goh Keat Peng dan Ms. Chew Swee Yoke, dan Mr. T. Kumar, seorang penganut Hindu. Hanya seorang sahaja yang beragama Islam."



Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke adalah aktivis Kristian.



Kita boleh gadai rumah lalu bet semua duit itu dan menang jika dipertaruh bahawa Zul Nordin pasti dihukum salah. Inilah amalan keadilan PKR.



Zul menuduh "rancangan jahat Firaun-Firaun Kecil didalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan saya dan agama Islam dengan mengadapkan saya kehadapan Lembaga Disiplin yang bukan Islam."



Menurutnya keadilan perlu mengikuti maxim "Justice requires one to be tried by one own peers".



Lantak kau Zul, kau juga yang kata masih percaya dengan Keadilan. Baru2 ni kau gaduh lepas tu berpeluk dengan Sivarasa dan Jeff Ooi.



Sejarah kau banyak sangat berlakun dan melawan.



Sekarang ini, dah tak ada orang lain yang betul2 pejuang Islam dengan bijaksana melainkan UMNO. PAS hanya mahu undi tak kira apa. Nama Allah pun digadaikan.



PKR hanya mahu Anwar naik jadi PM. Belakang PKR tu banyak Yakjuj Makjuj, dan Kafirun menunggu untuk mencuri agenda PKR apabila PKR berkuasa. Mereka mahu menggantikan dengan agenda mereka yang mengenepikan ketuhanan berdasarkan idea liberalism barat dan socialis-komunis.
 
-SUMBER-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan