live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Khamis, 4 Mac 2010

Kerusi yang dikhianati perlu diberikan kepada parti rakan.

Untuk menyambung kekuasaan BN, BN perlu lakukan sempadanan pilihanraya. Nak sempadan semula perlukan majority 2/3. Nak dapatkan majority 2/3, perlu buat apa sahaja bagi mendapatkan ahli parlimen lompat. Nak dapatkan MP lompat, PKR paling kacang.




Gua tidak jelas pengundian dijalankan secara rahsia atau terbuka untuk dapatkan kelulusan sempadan semula pilihanraya. Kalau pengundian dijalankan secara rahsia, terdapat 2-3 ekor MP PAS yang BERKEMUNGKINAN menyokong usul sempadanan semula atas nama kepentingan perpaduan Melayu. Ditambah dengan barisan PKR lompat, maka, ianya adalah satu detik kemusnahan kepada harapan rakyat di masa hadapan.



PKR bertaraf kacang kerana ianya adalah party paling muda di antara PAS dan DAP. OK. Fine.. kita terima hujah itu. Tetapi di fasa selepas PRU13, PKR kekal parti paling muda. PKR kekal parti paling muda, bermakna PKR kekal parti paling kacang kualiti MPnya. Jadi tidak selesai masalah. Jika PRU12, atas dasar parti muda, 10 MP PKR lompat, PRU13 atas dasar parti kurang muda, maybe 8 atau 5 MP PKR lompat. Jadi tetap satu ancaman kepada rakyat dan tetap tidak akan selesai masalah.



Sekat BN dari berjaya dapatkan majoriti 2/3 adalah satu gerakan yang sangat penting. Langkah persediaan di pasca PRU13 juga penting. Kita masuk ke tajuk ini.



Langkah persediaan pasca PRU13.



Menjelang pasca PRU13, seandainya BR kekalkan prestasi dan berjaya mengambil alih Putrajaya dengan BN Sarawak (bukan UMNO) bertahaluf bersama BR, keadaan sedikit genting.



1. ISA masih wujud dan belum dimansuhkan.

2. Kualiti MP PKR (parti muda).



Dan di sinilah satu fasa yang menuntut satu kesabaran, satu kethanan yang tinggi sebelum berjaya melakukan satu revolusi politik pertama Malaysia.



Jadi, di bawah tajuk ini, gua menuntut, kesemua kerusi yang dikhianati oleh komponen BR diberikan kepada rakan. Atau maksud yang lebih jelas, demi survival harapan rakyat Malaysia, semua kerusi yang dikhinati DAP dan PKR diserahkan kepada PAS.



Gerakan Najib untuk PRU13.



1. Dapatkan negeri kaya seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor untuk menjana dana pilihanraya BN.



2. Dapatkan dengan cara apa sahaja majoriti 2/3 parlimen bagi pelbagai pindaan (termasuk sempadnan semula).





3. RM300 juta dikatakan diperuntukkan bagi melumpuhkan kekuatan media baru anti BN.



4. Lemahkan Anwar dari bergerak ke seluruh Malaysia dan kurangkan fokus Anwar terhadap parti PKR.



Cadangan jangka pendek problem MP kacang PKR.



Saat genting ketika ini ialah menyekat sasaran Najib mendapatkan undi 2/3 bagi sempadanan semula. Dan kelemahan yang jelas dan nyata pada BR ialah pada kualiti MP PKR.



Di sini gua mendesak sebagai penyelesaian jangka pendek, ialah; seluruh MP PKR muslim yang masih tinggal, supaya hadir dalam satu proses tarbiyah kerohanian yang dikendalikan Majlis Syura Ulama PAS. Ini bukan soal ego. Ini soal kepentingan rakyat.



Gua tuntut Anwar mewajibkan seluruh MP dan ADUN PKR hadir dalam kursus atau apa sahaja nama dan program kerohanian. Gua tuntut Nik Aziz basuh dan cuci dalaman wakil2 rakyat PKR. Gua tuntut Hadi, Haron Din membantu PKR dalam hal2 dalaman dan kerohanian. Pada saat sekarang. Diulangi pada saat sekarang.



MP PKR pada gua tahap silibus motivasi ritual kena tanam dalam kubur. Wajibkan seluruh wakil PKR yang masih ada alami pengalaman ditanam dalam kubur untuk semalaman.
 
-SUMBER-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan