live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Khamis, 4 Mac 2010

KUMPULAN (GENG) 77 PEROSAK RAKYAT!

Mc pernah menceritakan mengenai kegiatan kumpulan 77 yang cuba merekrut remaja melayu untuk dijadikan pelapis kepada kegiatan haram kumpulan tersebut, nak baca klik sini. Buktinya ialah mengenai pengaruh buah tangan salah satu simbol 77 (pecah buah) yang menjadi ikutan dikalangan remaja.




Kumpulan 77 sangat popular dikalangan budak sekolah, pada mereka siapa yang menganggotai kumpulan 77, akan umpama 'taiko' atau kepala besar di dalam sekolah. Ada diantara budak sekolah sanggup menghambakan diri kepada kumpulan ini, semata-mata mahu menjadi sebahagian daripada mereka.



Kumpulan 77 ni juga bertopengkan NGO Melayu iaitu Pekida. Mereka juga mengaku bahawa mereka ialah orang pekida dan 77 juga salah satu cabang dari Pekida. Hakikatnya, 77 adalah sebuah kumpulan haram yang ditubuhkan oleh sebilang ahli Pekida yang sudah naik tocang. Mereka berlagak samseng dan menjalankan aktiviti pengedaran dadah dan juga pelacuran disekitar Kuala Lumpur.



Mereka menguasai pasaran dadah di Kuala Lumpur seperti ganja, ubat batuk, syabu, special k dan juga eramin 5. Pusat operasi utama di Kuala Lumpur ialah di Gombak dan dikendalikan oleh seorang lelaki melayu dengan berpuluh budak bawahannya sebagai (pusher), ada dikalangannya termasuk budak sekolah.



Mereka juga sudah menguasai lorong-lorong gelap di Kuala Lumpur diantaranya Chow Kit, dengan menjadikan perniagaan lendir (pelacuran) sebagai salah satu punca pendapatan utama mereka. Kewujudan kumpulan ini sudah diketahui umum, ada dikalangan mereka yang masih memegang kad keahlian Pekida dan menyamar bahawa 77 ialah Pekida. Atas sebab itu masyarakat selalu menganggap pekida adalah semua kumpulan samseng, hakikatnya ada segelitir ahlinya yang telah songsang dan merosakkan nama NGO terbabit.



Mc dapat tahu bahawa kumpulan 77 ini diasaskan oleh orang melayu seperti tokoh korporat, artis dan ahli perniagaan. Dulu kumpulan ini pernah dilumpuhkan oleh polis dengan menangkap ketua kumpulannya Tiger Snook. Mc harap pihak polis dapat menyiasat kumpulan ini yang semakin berpengaruh dikalangan remaja melayu. Kalau dibiarkan kegiatan mereka berteruskan ini akan merosakkan generasi kita yang akan datang.



MctHeory:

Korang ingat bagus ke jadi samseng? Nak bergaduh pergi Palestin la, perang dengan Israel, baru hero.
 
-sumber-

2 ulasan: