live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Sabtu, 27 Februari 2010

Tiada Istilah Pejuang Dalam PR

Berkarya atas nama seni maka semuanya dibolehkan waima mandi tanpa seurat benang pun. Bukankah itu seni? Seni tidak boleh disekat-sekat. Seni juga tidak boleh dihalang. Oleh itu atas dasar seni itu indah maka jangan siapa pun menghalang persembahan yang memaparkan kenyataan.Walaupun di dalamnya ada adegan berciuman tambahan pula adegan seks.





Tertarik dengan pendekatan pembangkang dengan memberi sorotan dan berita untuk para karyawan muda yang sentiasa mahu karya mereka diangkat dan diterima. Maka diapi-apikan bahawa Kerajaan itu zalim kerana menyekat periuk nasi mereka. Dan dikatakan bahawa alasan-alasan untuk menghentikan kegiatan seni mereka atas alasan keterlaluan dalam berkarya adalah tidak berasas. Lalu api kebencian di hembus perlahan-lahan.





Hebat sangatkah seni dalam kehidupan? Sehingga menjadi juah dalam perbicaraan. Lihatlah dari dahulu sehingga sekarang mereka memerli pemerintah dan berkarya mengeji dalam tersirat. Umur baru setahun jagung dan lantaran memilih menjadi anak seni, kesusahan dalam kehidupan disalurkan dalam bentuk karya bahawa mereka dianiaya.





Hebat sangatkah karya yang benar-benar menampakkan dunia sebenar? Jika hebat maka sebenarnya setiap manusia itu lagi hebat. Mereka sendiri juga adalah pelakon di dunia nyata. Hentikanlah kejelekan berpendapat dan bermegah atas nama seni. Tak hebat mana pun!





Semakin muak melihat pembangkang menghasut anak muda membenci Kerajaan sedangkan jika PAS berkuasa, segala seni yang melibatkan campur gaul lelaki perempuan akan dihapuskan sama sekali. Jika DAP memerintah, maka digantikan penguasaan seni oleh Melayu kepada bangsa lain dan jika PKR memerintah maka bolehlah bercambahnya filem-filem yang memaparkan homoseksual dan lesbian.





Serasanya PKR benar-benar untuk anak muda. Bravo!!Dan seni pun akan tiada sekatan di bawah PKR. Bebas dan sebebas-bebasnya.
 
-SANGGUL MELAYU-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan