live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Sabtu, 27 Februari 2010

Anwar Tidak Pernah Jujur -- Ezam



BACHOK - Ezam Mohd Noor mendakwa  Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam hubungan dengan Pas termasuk dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ezam mendakwa, pemimpin PKR itu hanya menggunakan Pas untuk meraih sokongan bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang kini berhadapan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral. Jadi, dia akan menggunakannya (pengaruh Nik Aziz) untuk menyelesaikan masalah peribadinya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah royalti minyak di Kampung Pauh Sembila:n, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Menurutnya, Pas kini juga dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti itu untuk menubuhkan negara Islam.
“Memang betul, kita tengok sekarang ni, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit," katanya.
Beliau berkata, Anwar juga memanipulasi Pas dan DAP sehingga kedua-dua parti itu dapat bersama dalam Pakatan Rakyat.
“DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa parti itu tidak akan bawa negara Islam, Anwar memanipulasi keadaan sehingga menggadai prinsip utama Pas untuk menubuhkan negara Islam,“ katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan