live!

online counter

".....dia masih berjuang demi maruahnya..."

Ahad, 28 Februari 2010

Berpecah kerana orkestra politik

''TIDAK salah berselisih faham kerana masing-masing mempunyai naluri untuk berfikir tetapi jangan sampai berpecah.
''Sekarang ini seolah-olah seperti sebuah orkestra yang dimainkan yang mahukan kita (orang Melayu) bergaduh.''
Pesanan ini bukanlah dilafazkan oleh mana-mana pemimpin politik Melayu tetapi ia adalah peringatan tulus ikhlas daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Elias Zakaria, kelmarin.
Persoalannya sejauh manakah orang Melayu memahami akan permainan orkestra politik tersebut? Atau demi kepentingan politik, masing-masing lebih rela mengorbankan kepentingan bangsa dan agama?
Apa yang menarik Elias memberikan peringatan itu ketika menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dalam forum bertajuk ''Nilai Sebenar Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.''
Selepas pilihan raya umum lalu nama Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi sebutan di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencontohi kepimpinan khalifah agung berkenaan.

Bukan Islam Sokong Islam

Hari ini Demang berseminar sehari suntuk dan tidak sempat mengulas isu semasa. Cuma apabila menerima sms tentang amaran tsunami di Sabah maka Demang lajakkan sahaja ke blog tanpa sebarang ulasan.

Bercakap tentang tsunami, teringat pula tsunami politik selepas PRU12. Kebetulan Demang baru berbual dengan seorang sahabat yang bercerita pengalaman mengira undi di tempatnya. Beliau terkejut apabila mendapati peti undi daripada kawasan pertempatan bukan Islam majoritinya memberi undi kepada PAS. Namun oleh kerana kawasan tersebut majoriti pengundi adalah orang Islam maka kerusi tersebut dimenangi calon UMNO.

Kenapa pengundi yang tidak beragama Islam memberi undi kepada parti berlogo Islam? Adakah kerana mereka sudah sedar bahawa Islam itu agama yang benar dan pemimpin Islam adalah pemimpin terbaik? Kalau begitu, kenapa mereka tidak memeluk Islam sahaja?

Demang terkenang Ridhuan Tee yang berhempas pulas cuba memberitahu saudara seagama tentang pe'el kaumnya yang bersifat ultra kiasyu.

Sampai begitu sekali beliau menulis, masih belum mahu faham apa yang sedang berlaku? Kalau susah sangat nak faham, terpaksalah Demang katakan terus terang. Orang bukan Melayu mahu menguasai pemerintahan negara ini setelah mereka berjaya menguasai ekonomi negara sekian lama.

-waadat-

Sabtu, 27 Februari 2010

Kit Siang hina perlembagaan negara

Tak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen negara bila kes liwat mahu dibawa ke parlimen untuk dibincangkan.
Lim Kit Siang baru-baru ini mencadangkan seperti perkara di atas. kenapa kes liwat Anwar sahaja yang mahu dibawa parlimen.. Kenapa memilih kes secara terpilih... Kenapa pilih kes liwat Anwar dan bukan orang lain. Jadi dimanakah keadilan yang mahu dibawa Kit Siang... Ini adalah penghinaan kepada sistem perlembagaan negara!!
Kes Anwar ialah kes mahkamah dan bukan kes parlimen.. Sebagai negara demokrasi Kes mahkamah tidak boleh dicampurkan dengan pentadbiran negara. Barulah mahkamah ini dilihat sebagai telus.
Pembangkang selalu mendakwa mahkamah tidak telus.. Tetapi sekarang siapa secara terangan yang mahu mencampur adukkan urusan mahkamah dan pentadbiran negara. Ini dalam mereka tidak berkuasa dan memerintah negara.. Cuba bayangkan bagaimana Pakatan akan campur tangan dalam kes mahkamah.
Pakatan adalah pembohong no.1 negara... Bercakap sekadar untuk tujuan politik.. Mereka bukanlah mahu memperjuangkan sesuatu secara jujur... Tetapi hanya lakonan untuk mendapatkan kuasa.

ASPIRASI BANGSA "1 MALAYSIA"

Anwar Tidak Pernah Jujur -- Ezam



BACHOK - Ezam Mohd Noor mendakwa  Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam hubungan dengan Pas termasuk dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ezam mendakwa, pemimpin PKR itu hanya menggunakan Pas untuk meraih sokongan bagi menyelesaikan masalah peribadinya yang kini berhadapan perbicaraan mahkamah berhubung tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral. Jadi, dia akan menggunakannya (pengaruh Nik Aziz) untuk menyelesaikan masalah peribadinya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah royalti minyak di Kampung Pauh Sembila:n, di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Menurutnya, Pas kini juga dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti itu untuk menubuhkan negara Islam.
“Memang betul, kita tengok sekarang ni, Pas seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan Pas tersepit," katanya.
Beliau berkata, Anwar juga memanipulasi Pas dan DAP sehingga kedua-dua parti itu dapat bersama dalam Pakatan Rakyat.
“DAP bersama Pas bukan kerana Pas tetapi kerana jaminan Anwar bahawa parti itu tidak akan bawa negara Islam, Anwar memanipulasi keadaan sehingga menggadai prinsip utama Pas untuk menubuhkan negara Islam,“ katanya. - Sinar Harian

HIKAYAT RAJA BODOH KAMARUDDIN! MESTI BACA

Oleh CIFUT Today




Raja Azman anak kepada Raja Klentong Raja Bodoh Kamarudin sudah mengaku kepada Suaram bahawa dia menelan pisau cukur dalam percubaan membunuh diri di lokap. Sila baca posting sebelum ini.



Ini kali kedua seorang ahli keluarga Raja Bodoh Kamarudin cuba membunuh diri. Marina Lee Cuncawat Patpong, bini RBK yang berbangsa Cina Siam sudah dua kali cuba membunuh dirinya. Kali yang terakhir ialah bila anaknya Raja Azman ditangkap Polis dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan samun dan mengganas.



Setelah mendengar akan percubaan Raja Azman untuk membunuh diri pula, kemungkinan besar Marina Lee Cuncawat Patpong akan cuba membunuh dirinya sekali lagi.

Tiada Istilah Pejuang Dalam PR

Berkarya atas nama seni maka semuanya dibolehkan waima mandi tanpa seurat benang pun. Bukankah itu seni? Seni tidak boleh disekat-sekat. Seni juga tidak boleh dihalang. Oleh itu atas dasar seni itu indah maka jangan siapa pun menghalang persembahan yang memaparkan kenyataan.Walaupun di dalamnya ada adegan berciuman tambahan pula adegan seks.





Tertarik dengan pendekatan pembangkang dengan memberi sorotan dan berita untuk para karyawan muda yang sentiasa mahu karya mereka diangkat dan diterima. Maka diapi-apikan bahawa Kerajaan itu zalim kerana menyekat periuk nasi mereka. Dan dikatakan bahawa alasan-alasan untuk menghentikan kegiatan seni mereka atas alasan keterlaluan dalam berkarya adalah tidak berasas. Lalu api kebencian di hembus perlahan-lahan.





Hebat sangatkah seni dalam kehidupan? Sehingga menjadi juah dalam perbicaraan. Lihatlah dari dahulu sehingga sekarang mereka memerli pemerintah dan berkarya mengeji dalam tersirat. Umur baru setahun jagung dan lantaran memilih menjadi anak seni, kesusahan dalam kehidupan disalurkan dalam bentuk karya bahawa mereka dianiaya.





Hebat sangatkah karya yang benar-benar menampakkan dunia sebenar? Jika hebat maka sebenarnya setiap manusia itu lagi hebat. Mereka sendiri juga adalah pelakon di dunia nyata. Hentikanlah kejelekan berpendapat dan bermegah atas nama seni. Tak hebat mana pun!





Semakin muak melihat pembangkang menghasut anak muda membenci Kerajaan sedangkan jika PAS berkuasa, segala seni yang melibatkan campur gaul lelaki perempuan akan dihapuskan sama sekali. Jika DAP memerintah, maka digantikan penguasaan seni oleh Melayu kepada bangsa lain dan jika PKR memerintah maka bolehlah bercambahnya filem-filem yang memaparkan homoseksual dan lesbian.





Serasanya PKR benar-benar untuk anak muda. Bravo!!Dan seni pun akan tiada sekatan di bawah PKR. Bebas dan sebebas-bebasnya.
 
-SANGGUL MELAYU-