''Sekarang ini seolah-olah seperti sebuah orkestra yang dimainkan yang mahukan kita (orang Melayu) bergaduh.''
Pesanan ini bukanlah dilafazkan oleh mana-mana pemimpin politik Melayu tetapi ia adalah peringatan tulus ikhlas daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Elias Zakaria, kelmarin.Persoalannya sejauh manakah orang Melayu memahami akan permainan orkestra politik tersebut? Atau demi kepentingan politik, masing-masing lebih rela mengorbankan kepentingan bangsa dan agama?
Apa yang menarik Elias memberikan peringatan itu ketika menyampaikan ceramah di Pulau Pinang dalam forum bertajuk ''Nilai Sebenar Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.''
Selepas pilihan raya umum lalu nama Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi sebutan di Pulau Pinang apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencontohi kepimpinan khalifah agung berkenaan.